Perniagaan online


Jika anda bercadang untuk membuat wang secara online, ini adalah waktu yang tepat untuk dimulakan. Dengan 1.8 bilion pengguna di seluruh dunia (sangat ramai!)  $ 2Billion di internet sehari, satu potensi besar untuk membuat keuntungan secara online.

Berikut adalah beberapa kaedah utama:

1. Mencipta produk sendiri.
2. Promosikan atau menjual produk orang lain. (Gabungan pemasaran)
3. E-Bay
4. Google Adsense

Mari kita lihat lebih dekat bagaimana untuk membuat wang secara online melalui Pemasaran Affialiate.

Cara yang baik untuk mula membuat wang online melalui Pemasaran Affialiate, adalah dengan  mempromosikan produk orang lain, dan mendapatkan bayaran komisyen dari setiap jualan yang dibuat.

Pemilik produk ini disebut Vendor, dan mereka mempunyai program dengan link Affialiate untuk website jualan mereka. Ketika pelanggan mengklik melalui link ini, ia dibawa terus ke website penjual, dan ID Affialiate direkodkan. Setelah jualan dilakukan, affialiate dibayar dengan nilai yang sesuai dan dipersetujuai.

Ini adalah cara yang sangat berkesan untuk mula membuat wang online, terutama untuk Newebs!

Manfaat yang anda akan terima adalah:

1. Tidak perlu produk anda sendiri.
2. Tidak perlu pengalaman apapun.
3. Memerlukan sedikit pembayaran atau kadang-kadang tiada langsung (proses keahlian kebiasaannya).
4. Membuat wang sambil-sambilan!

Idea keseluruhan adalah untuk menghasilkan lalu lintas ke laman web, dan kemudian menukar pengunjung kepada pelanggan.

Ada beberapa peraturan yang perlu diingat ketika melakukan pemasaran affialiate:

1. Produk perlu memberi nilai kepada pengguna/pelanggan.
2. Produk yang menyelesaikan masalah pelanggan/pengguna anda.
3. JANGAN SPAM!

Kebaikannya di sini adalah bahawa anda boleh membuat wang online dengan modal sedikit atau langsung tiada, menerusi rangkaian sosial seperti Facebook, Friendster atau bahkan memulai dengan sebuah blog. Semua ini PERCUMA! Tapi bagaimana kita menggunakannya untuk membuat wang online?

Misalkan anda memiliki sebuah blog 1000 kunjungan sehari, atau 1000 teman-teman di Facebook. Anda  boleh menulis ulasan sesuatu produk, memberitahu peminat anda mengapa produk anda berguna bagi mereka, dan posting link affialiate anda disana. Ketika pelawat mengklik, mereka diarahkan ke laman web penjual, dan anda dibayar jika mereka membuat pembelian.

Begitu banyak orang menggunakan laman rangkaian sosial setiap hari, tetapi gagal untuk melihat potensi itu untuk membuat pendapatan tambahan secara online. Mengapa tidak mulai sekarang? Karana internet beroperasi 24/7/365, adalah mungkin tidak mustahil untuk membuat jualan pertama anda dalam jangka pendek dari 24 jam.

Bahkan, beberapa IM yang baik mampu membuat wang online dalam beberapa minit!

Bagaimana hendak memulakan? Pergi ke SINI pasaran online terbesar Malaysia. Ini adalah garis permulaan untuk semua orang yang ingin menghasilkan wang secara online. .

Kebanyakan peralatan promosi yang diperlukan untuk menjual produk, seperti gambar, kandungan, video, disediakan oleh Vendor. Ini lebih mudah kerana apa yang anda perlu fikirkan adalah bagaimana untuk melakukannya degan betul sambil membuat orang mengklik link affialiate anda dan membuat pendapatan tambahan secara secara online.Bermulalah sekarang ini waktu yang terbaik.

Posted in internet dan busines online, Perniagaan | Tagged , , , , , , , | Tinggalkan komen

Berkerja hanya dirumah…


Berkerja dari rumah telah menjadi semakin popular dan merupakan sejenis perniagaan yang boleh dimulakan di mana-mana, kebanyakan orang malas kerana menyedari terpaksa bangun lebih awal hanya untuk melakukan perjalanan panjang untuk ketempat kerja yang mereka “benci”, bekerja untuk seseorang atau syarikat yang mereka tidak suka bekerja.

Ada begitu banyak manfaat besar untuk bekerja dari rumah, anda boleh bangun lewat seperti yang anda inginkan dan tiada kesesakan lalulintas semua yang anda lakukan hanyalah dirumah anda. Namun ada beberapa perkara yang perlu diingat ketika bekerja dari rumah, anda perlu mengambil keutamaan aspek perniagaan anda di rumah secara serius dan fokus.

Bekerja dirumah seharusnya sesuatu yang anda benar-benar idamkan dan berdedikasi untuk dilakukan, jika sesuatu yang anda benar-benar tertarik, dengan serius dan sanggup bekerja keras untuk berjaya seharusnya tidak menjadi masalah, tetapi jika itu adalah sesuatu yang anda tidak sukai, ia dengan mudah akan menemuai kegagalan kerana malas dan putus asa membuat anda lebih sukar untuk berjaya dalam perniagaa dirumah.

Sanggup belajar dan melakukan kajian serta eksplorasi terhadap sesuatu bidang perniagaan yang anda pilih boleh menjadi satu tugasan penting dan rumit untuk dilakukan, kerana anda melakukannya sendiri, anda tidak mempunyai sesiapa untuk diarah. Perlu mencuba beberapa cara untuk menjadi sukses sehingga ada sesatu yang bekerja yang  untuk anda, dunia bergerak sangat cepat dan orang-orang yang datang dengan idea-idea yang terbaik dan lebih baik sahaja yang akan berjaya.

Carilah maklumat tentang idea-idea termasuk kecenderungan anda terhadap sesuatu peluang dan kembangkannya sendiri, Internet adalah alat yang paling kuat untuk seseorang seperti anda terlibat dengan perniagaan dirumah, kenyataan telah terbukti anda tidak dapat melakukan apa pun tanpa kemudahan internet sekarang, terutama ketika cuba untuk menjalankan perniagaan, ia adalah alat yang membolehkan anda berkomunikasi dengan orang di seluruh dunia, gunakannya untuk mengembangkan perniagaan anda.

Sebagai contoh anda boleh menggunakannya sebagai alat pemasaran yang kuat dan menarik orang ke laman web perniagaan di rumah (jika ada), berikan maklumat tentang perniagaan anda dan apa yang ingin dijual, ini hanya beberapa perkara yang perlu anda sedari ketika bekerja dari rumah, bekerja dari rumah merupakan peluang yang besar untuk menjana pendapatan kerana anda adalah bos anda sendiri dan anda berada pada masa anda sendiri, anda perlu menyedari, walaupun ini bukan masa untuk bersenang lenang, kerja keras diperlukan untuk membuat wang dan menjadi sukses, dan itu adalah tujuan utama dalam pilihan yang terakhir.

Posted in internet dan busines online, keluarga, kewangan, komunikasi, Motivasi, Perniagaan | Tagged , , | Tinggalkan komen

Dimana anda membeli parfum dengan harga …


Dimana anda boleh membeli parfum dengan harga diskaun atau parfum berkualiti dengan harga kompetitif ? Ada banyak kedai online yang menawarkan berbagai macam parfum dengan harga kompetitif .

Lawatilah kedai parfum online dan anda akan disajikan dengan senarai parfum dari jenama kegemaran anda . Anda akan melihat parfum berkualiti dengan harga yang lebih murah untuk kegunaan siang hari serta malam .

Jangan berharap Armani atau Channel akan menawarkan dengan harga rendah ! Kadang – kadang anda akan menemui tawaran yang sangat hebat serta harga yang jauh lebih murah dengan hanya berbelanja di internet , anda pasti akan dapat mencari parfum murah yang sesuai dengan budget anda .

Tidak semua orang mampu membeli Channel atau Lanvin namun masih ada parfum murah atau wewangian yang tersedia yang akan membantu anda untuk menampilkan aura yang tepat dengan penampilan yang anda inginkan . Anda tidak perlu menghabiskan terlalu banyak wang untuk membeli hanya sebotol wangian .

Sebagai contoh Adidas menawarkan pelbagai macam jenis parfum dengan pelbagai bau-bauan namun masih menjual dengan sekitar $USD20 . Dengan hanya melawat ke kedai online , anda boleh menemui Aroma2u yang menawarkan harga yang kompetitif . Ya , parfum murah ada di sana dan kedai parfum online adalah cara terbaik kerana menawarkan produk wangian berciri islamik halal serta suci.

Mungkin anda adalahlah wanita yang mencari aroma yang bagus dan terbaik . Anda ingin bauan terbaik di tempat kerja . Anda ingin aroma bunga-bungaan yang meruntun dan kedai parfum online yang menawarkan maklumat yang tepat pada isi atau haruman dari wangian Adam untuk lelaki Hawa untuk wanita serta Yusof dan zulaika untuk anda dan pasangan anda singgahlah ke Aroma2u

Parfum tidak semestinya barangan mewah yang akan dibeli pada waktu khusus . Apa yang penting hanyalah harga yang kompetitif dan Internet adalah tempat untuk mencarinya . Anda boleh menemuinya di kedai parfum diskaun . Tidak perlu lagi ke plaza/bazzar atau department store yang menyajikan dengan parfum luar anggaran anda .

Ada kedai parfum khusus dalam talian di mana anda akan menemui parfum murah dan berkualiti . Pergi dalam talian dan anda akan menemukan parfum bermula dari RM25.00 dengan empat wangian berbeza dalam satu pek .

Melihat dan tinjaulah kedalam talian dan anda akan menemui beberapa halaman parfum yang memberikan perbandingan harga. ini penting jika anda mencari parfum murah . boleh melihat perbezaan harga sekilas antara Dior Miss Dior untuk Wanita dan Dolce & Gabbana gadis .

Imtiyaz aroma menawarkan harga yang murah namum masih mempunyai kualiti dan aroma yang terbaik . Bagi gadis yang inginkan bau-bauan bercirikan islamik, suci, halal namun bergaya dan kelihatan mewah silalah berkunjung ke Aroma2u untuk maklumat lanjut.

Posted in Fashion, Informasi, internet dan busines online, keluarga, kewangan, Perniagaan, Umum | Tagged , , , , | 2 Komen

Bambang dan restorannya.


Kisah seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Bambang, pemilik restoran sekaligus berperanan sebagai pelayan datang sambil menghulurkan senarai menu.

“Saya orang buta, tidak mampu melihat senarai menunya, tolong bawakan sendok kotor yang telah dipakai pengunjung sebelumnya dan saya akan menghidunya melaluainya nanti saya akan tahu masakan apa yang enak untuk dipesan,” kata lelaki buta tersebut.

Lalu dia menghidu sambil  berkata, “Rasanya saya memesan asam pedas dan sayur bayam”.

Dengan agak terperanjat Bambang menulis pesanannya. Sebenarnya menu itu memang menjadi menu istimewa restoran tersebut.

Beberapa hari kemudian, lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi Ia minta sendok bekas diguna pelanggan untuk dihidu, tetapi bukan asam pedas dan sayur bayam. Tetapi ada satu sendok yang habis dipakai untuk menu yang lain.

“Bau sendok ini enak juga, menu ikan bakar dengan sambal belacan.”

Bambang mengiyakan dan lelaki buta pun memesan masakan itu. Lelaki buta utk ketiga kalinya datang lagi dikemudian hari. Ia datang lebih awal ketika belum ada satu pengunjung pun yang datang sehinggakan tidak ada bekas sendok terpakai yang boleh dihidu. Entah darimana datangnya tiba-tiba sifat dengki Bambang muncul.

Ia mendatangi isterinya yang berperan sebagai tukang masak didapur. Dicapainya sebatang senduk dan berkata,”Lilis, usapkan sendok ini dianu-mu”

“Apa-apalah abang ni??!!!” tanya Lilis tidak mengerti.

“Ah buat aja  demi kemajuan restoran kita” kata Bambang setengah memaksa.

Lilis pun menurut, mengusapkan sendok di “anu-nya” dan mengembalikannya ke Bambang. Dibawanya sendok tersebut ke lelaki buta yang sedang duduk menunggu. Begitu pon dia menghidunya, sambil mengangkat-ngangkat keningnya, lelaki buta itu berkata, “Haahh!! Lilis kerja disini???

Posted in Penglipur Lara | Tagged , , , , | Tinggalkan komen

Istilah dalam dunia marketing.


Beberapa mahasiswa bertanya kepada pensyarahnya tentang makna dari beberapa istilah dalam dunia marketing. Agar lebih mudah dipahami ia menjelaskannya dengan analogi berikut:

1. Ada gadis cantik di sebuah pesta. Kamu menghampirinya sambil berkata, “Saya usahawan berjaya. Jadilah isteri saya” Itu namanya Direct Marketing.

2. Ada gadis cantik di sebuah pesta. Seorang rakan kamu menghampirinya. Sambil menunjuk ke arah kamu, sambil nberkata padanya, “Dia orang kaya, ambil dia menjadi suamimu, ya!” Itu namanya Advertising.

3. Ada gadis cantik di sebuah pesta. Kamu menghampirinya, lalu minta nombor HP. Keesokan harinya kamu membuat pangilan sambil berkata, “Saya orang kaya. Nikahlah dengan saya!” Itu namanya Telemarketing.

4. Kamu melihat gadis cantik di sebuah pesta. Kamu menghiaskan diri, lalu menuangkan minuman untuknya, sambil membukakan pintu untuknya, mengantarnya pulang, kamu berkata, “By the way, saya orang kaya. Nikahah dengansaya!” Itu namanya Public Relations.

5. Kamu melihat gadis cantik di sebuah pesta. Dia menghampiri kamu dan berkata, “Eh Kamu orang kaya, kan? Nikahilah saya!’ Itu namanya Brand Recognition.

6. Ada gadis cantik di sebuah pesta. Kamu menghampirinya sambil berkata, “Saya orang kaya. Nikahi saya!”, tapi dia malah menampar kamu. Itu namanya Customer Feedback.

7. Ada gadis cantik di sebuah pesta. Kamu dan terus berkata, “Saya orang kaya. Kahwin dengan saya!”, terus dia memperkenalkan kamu kepada suaminya. Itu namanya Demand and Supply Gap.

8. Kamu melihat gadis cantik di sebuah pesta. Kamu menghampirinya, tapi belum  kamu sempat berkata apa-apa, ada jejaka lain datang dan langsung berkata, “Saya ni orang kaya. Nikah dengan saya!’ Lalu sang gadis pergi dengan jejaka tersebut. Itu namanya Losing Market Share.

9. Kamu melihat gadis cantik di sebuah pesta. Kamu menghampirinya, tapi belum ayat keramatmu kamu lontarkan, “Saya orang kaya ni. Nikahlah dengan saya!’…. tiba-tiba isteri kamu pon sampai! Itu namanya Barrier to New Market Entry.

Posted in Penglipur Lara, Umum | Tagged , , , | 1 Komen

Tagline bulan madu


Alkisah ada tiga perempuan berketurunan asli bersaudara—sebut saja mereka Mira, Noni, dan Tini—yang dinikahkan secara paksa oleh orangtua mereka. Setelah menikah, ketiganya merancang pergi berbulan madu. Mira pergi ke Langkawi, Noni pergi ke pulau Sibu, dan Tini si bungsu pergi ke Pulau Kapas. Namanya pon sayangkan anak, kedua orangtua mereka minta diberitahu tentang segala hal yang terjadi selama berbulan madu, agar kos penyampaian murah, berita dikirim melaluai  SMS. Demi menjimatkan kos juga, pesan yang dikirim singkat dan tidak terlalu panjang, mereka disarankan memakai kod berupa slogan-slogan dalam iklan. Tiga hari setelah keberangkatan anak-anak mereka berbulan madu, diterimalah SMS dari Mira di Langkawi. Isinya cukup singkat: “Standard Chartered”. Setelah membaca SMS tersebut, mereka mencari iklan Standard Chartered di papan  iklan berbunyi, “Besar, kuat, dan bersahabat!” Tersenyumlah kedua orangtua itu. Hari ke-4 datang SMS kedua… rupanya dari Noni dari Pulau Sibu. Pesannya sangat pendek: “Nescafe”. Dengan tergesa-gesa kedua orangtua itu mencari majalah yang memuat slogan Nescafe. Ternyata iklan itu bertuliskan kalimat, “Nikmatnya tidak terhingga”. Keduanya pun tersenyum bahagia sambil tertawa kecil. Hari ke-5 tidak ada SMS yang datang. Esoknya juga ditunggu-tunggu tidak ada berita. Hari ke-7 begitu juga, tidak ada kabar dari si bungsu Tini yang berbulan madu di Pulau Kapas. Memasuki hari ke-8, akhirnya kedua orangtua itu menerima SMS dari Tini. Isinya singkat: “Cathay Pacific”. Bagai nak gila, mereka segera mencari iklan penerbangan Cathay Pacific, dan terjumpailah iklan dengan tulisan besar: “7X seminggu, 3X sehari, 5 jam tanpa henti”.

Posted in Penglipur Lara | Tagged , , | 1 Komen

Bahagia Seperti Yang Anda Ingginkan.


Hampir semua orang telah mendengar hit single ‘Don’t Worry, Be Happy’ by Bobby McFerrin. Lagu ini memiliki cara yang sangat menarik dan tersendiri untuk menyampaikan mesej ‘Kegembiraan’ untuk semua orang. Mesej sederhana Bobby Mcferiin’s pasti membuat kebanyakaan orang akan mengatakan mereka tidak perlu bimbang dalam apa-apa perkara pun.

Menikmati kehidupan yang bahagia, selain optimis,indah, juga baik untuk kesihatan anda. Menjadi bahagia sebenarnya melindungi anda daripada tekanan hidup. Stres dikaitkan dengan punca utama kematian seperti penyakit jantung, kanser dan stroke.

Salah satu ungkapan yang pernah dikatakan – “Satu-satunya hal dalam hidup yang selalu akan tetap sukar adalah melakukan perubahan ‘, dan dalam hidup kita, setiap orang memiliki kekuatan untuk membuat perubahan yang diperlukan jika kita ingin. Bahkan jika kita dapati diri kita dalam situasi yang tak tertahankan kita selalu akan dapat mencari jalan dan penyelesaian dalam keadaan itu juga adalah bergerak menuju perubahan.

Rangkaian sosial atau hubungan sesama penting untuk mewujudkan rasa bahagia. Orang-orang yang berbeza, saling menerima antara satu sama lain, mengelakkan pertengkaran, tidak perasangka, selain mengelak perasaan saling membenci. Jika hujah nampaknya tidak dapat dielakkan namun masih mencuba dan berusaha untuk memahami situasi dan anda sudah pun bergaul dengan baik dan harmoni.

Kebahagiaan sebenarnya ditemui dalam diri setiap orang, peningkatan itu adalah cara untuk membuat hidup lebih indah dan juga lebih sihat.

Untuk menjadi gembira dan bahagia mudah saja, hanya memutuskan untuk menjadi orang bahagia. Abraham Lincoln ada mengingatkan kita bahawa sebahagian besar orang boleh memilih bagaimana bahagia atau stres, bagaimana santai atau bermasalah, bagaimana terang atau membosankan pandangan mereka untuk dilihat. Pilihannya sangat sederhana, memilih untuk menjadi gembira dan bahagia.

Ada beberapa keadah yang mana anda boleh lakukan.

Bersyukur dan berterima kasih adalah sikap yang baik. Kita mempunyai begitu banyak  yang perlu disyukuri. Bersyukur dengan pemandu teksi yang membawa kita pulang dengan selamat, berterima kasih pada isteri yang memasak untuk makan malam yang menyelerakan dan berterima kasih kepada orang yang mencuci kereta anda. Juga berterima kasih kepada pengawal keselamatan yang membukakan pintu untuk anda, terima kasih kepada pihak polis untuk membuat tempat anda selamat dan berterima kasih kepada ALLAH kerana hidup kita.

Berita buruk menjadikan stres. Ramai orang tidak boleh memulakan hari mereka tanpa khabar berita. Cuba dan berfikir tentang hal itu, 99% dari berita yang kita dengar atau baca adalah berita buruk. Permulaan hari dengan berita buruk nampaknya menjadi hal yang tidak masuk akal. Dapat sekurang mungkin berita sebegini.

Sembahayang lima waktu. Menjadi sebahagian daripada rukun islam wajib dilakukan dipenghujung solat berdoalah memohon kebahagian dunia dan akhirat.

Urus masa anda. Waktu adalah sangat berharga dan terlalu penting untuk disisakan. Pengurusan masa boleh dilihat sebagai senarai peraturan yang melibatkan penjadualan, menetapkan tujuan, perancangan, membuat senarai hal untuk dilakukan. Ini adalah dasar dan intipati dari pengurusan masa yang perlu difahami untuk mengembangkan kemahiran pengurusan masa yang cekap secara peribadi. kemahiran ini boleh ditetapkan lebih lanjut dengan memasukkan jadual atau cadangan tambahan untuk membuat keputusan yang anda inginkan.

Tertawa dan tertawa sepenuh hati hari ini. Mendengar kisah lucu yang bagus? Beritahu rakan-rakan atau keluarga tentang hal itu. Seperti mereka juga akan terhibur – ‘Ketawa adalah ubat terbaik’.

Ekspresikan perasaan anda, kasih sayang, persahabatan dan semangat kepada orang-orang di sekitar anda. Mereka kemungkinan besar akan membalas tindakan anda. Cobalah untuk tidak menyimpan kemarahan terpendam didalam hati dari kekecewaan yang timbul, ini adalah buruk bagi kesihatan anda. Cuba alih dan mencari cara lain untuk mengekspresikan mereka dengan cara yang tidak akan menyebabkan kecederaan yang lebih atau menyakiti kepada siapapun.

Bekerja keras membawa kepuasan peribadi yang luar biasa. Ini memberikan perasaan kompeten serta bersaing dalam menyelesaikan tugas-tugas kita. Pencapaian yang diperlukan bagi kita semua, mereka memberi kita rasa nilai. Bekerja pada urusan yang anda rasa layak dari masa anda.

Belajar adalah aktiviti yang tidak pernah tamat. Mencuba sesuatu idea baru dan belajar sesuatu yang berbeza setiap hari. Belajar juga membuat kita membangunkan dan memperluaskan minda kita. Dan juga boleh memberikan lebih banyak kesempatan serta peluang di masa depan.

Beriadah, joging, berjalan dan melakukan aktiviti sukan lain yang sesuai untuk kesihatan anda. Merasai hidupan sihat.

Elakkan pendedahan terhadap unsur-unsur negatif seperti menengking, meninggikan suara dan tempat-tempat yang merbahaya.

Ini adalah beberapa perkara sesederhana yang boleh anda lakukan setiap hari untuk menjadi bahagia.

Dan selalu ingat petikan dari Abraham Lincoln, ia mengatakan bahawa, “Kebanyakan orang mengidamkan kebahagian dan kegembiraan seperti mereka mengambil keputusan apa yang mereka mahu menjadi.”

Posted in Motivasi | Tagged | Tinggalkan komen